EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim meninjau tapak sampah haram ketika operasi terjah tapak sampah haram dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Bandar Mahkota Cheras, Hulu Langat pada 24 Jun 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Tandatangan Akta 672 hujung tahun, hukuman berat menanti sindiket sampah haram

HULU LANGAT, 25 JUN: Kerajaan Negeri dalam proses menandatangani Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) melalui KDEB Waste Management (KDEBWM).

EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim berkata akta yang digubal dan diwartakan di peringkat persekutuan pada 2007 itu dijangka ditandatangani negeri hujung tahun ini.

“Sekiranya tiada aral melintang kita akan tandatangan Akta 672 melalui KDEBWM hujung tahun, kemudian sudah boleh laksana penguatkuasaan terhadap kegiatan sampah haram dengan lebih ketat.

“Apabila menggunakan akta ini hukuman lebih ketat iaitu denda RM100,000 dan penjara lima tahun berbanding ketika ini kalau guna undang-undang kecil bawah pihak berkuasa tempatan denda hanya RM1,000.

EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim menunjukkan tasik yang dicemari sampah haram ketika operasi terjah tapak sampah haram dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Bandar Mahkota Cheras, Hulu Langat pada 24 Jun 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Jumlah ini mungkin tidak memberi kesan kepada sindiket terbabit dan kegiatan haram ini mungkin boleh berulang lagi pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau program operasi terjah tapak sampah haram dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Bandar Mahkota Cheras di sini semalam.

Suee Lim bagaimanapun berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyemak hukuman bagi Akta 672 itu dari semasa ke semasa supaya dapat memberi impak kepada sindiket haram itu.

“Menteri KPKT maklum akan semak jumlah hukuman dan mungkin kita boleh contohi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang mengenakan denda RM1 juta bagi kesalahan pencemaran air.

EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim menunjukkan keadaan tasik yang dicemari sampah haram ketika operasi terjah tapak sampah haram dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Bandar Mahkota Cheras, Hulu Langat pada 24 Jun 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Perkara ini bagi saya lebih memberi kesan kepada pelaku untuk tidak mengulangi perkara sama. Bagaimanapun, sebagai masyarakat saya nasihatkan bertanggungjawab dan bersama bantu negeri elak aktiviti sedemikian,” katanya.

Terdahulu, Suee Lim bersama MPKj, LUAS dan Jabatan Alam Sekitar membuat pemantauan di tiga lokasi tapak sampah haram sekitar Bandar Mahkota Cheras di sini.

Rata-rata sampah jenis pembinaan dan domestik, beliau turut bercadang memasang kamera litar tertutup di kawasan yang disyaki dijadikan tapak sampah haram.

Akta 672 bermatlamat memastikan keseragaman undang-undang dalam pengawalan dan pengawalseliaan perkara yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim melihat rekahan tanah yang mengeluarkan asap berbau di tapak sampah haram ketika operasi terjah tapak sampah haram dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Bandar Mahkota Cheras, Hulu Langat pada 24 Jun 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Timbunan sampah haram di tapak sampah haram dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Bandar Mahkota Cheras, Hulu Langat pada 24 Jun 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim menunjukkan longgokan sampah domestik ketika operasi terjah tapak sampah haram dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Bandar Mahkota Cheras, Hulu Langat pada 24 Jun 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :