SELANGOR

Tiga daerah Selangor diramal hujan lebat hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 20 JUN: Daerah Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 10 pagi hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, cuaca sama turut dijangka berlaku di Putrajaya, Labuan, seluruh Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka serta beberapa daerah di Kedah, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :