Delegasi Tourism Selangor ketika lawatan sempena 19th Strait Travel Fair and 9th China (Xiamen) International Leisure Tourism Expo 2024 di China yang diketuai oleh EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim pada Mei lalu. Foto ihsan Tourism Selangor
AGENSISELANGOR

Tourism Selangor jalin kerjasama dengan syarikat pemaju di Xiamen, promosi Selangor di China

SHAH ALAM, 5 JUN: Tourism Selangor memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Acmar Marketing, bagi meneroka potensi pasaran di negara itu dengan lebih luas.

Menurut Tourism Selangor, kerjasama dengan syarikat pemaju beroperasi di Xiamen, China  itu juga diharap dapat membuka jalan kepada inisiatif promosi silang termasuk peluang program perniagaan ke perniagaan.

“Pemeteraian kerjasama itu diadakan dalam siri lawatan sempena 19th Strait Travel Fair and 9th China (Xiamen) International Leisure Tourism Expo 2024 diketuai EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim, Mei lalu.

“Dengan pertumbuhan ini, Selangor mempergiatkan strategi promosi dengan mengadakan misi jualan bersasar di Xiamen, China dan memeterai MoU dengan Acmar Marketing,” kata agensi itu dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Suee Lim berkata Kerajaan Negeri mengalu-alukan kerjasama agensi antarabangsa dan ejen pelancongan bagi meningkatkan peluang perniagaan khususnya menjelang Tahun Melawat Selangor 2025.

“Negeri Selangor mengalu-alukan peluang untuk menjalin kerjasama dengan agensi antarabangsa dan ejen pelancongan bagi meningkatkan peluang perniagaan khususnya menjelang Tahun Melawat Selangor 2025 dan mencapai sasaran kemasukan 7 juta pelancong menjelang tahun depan,” katanya.


Pengarang :