SHAH ALAM, 15 JUN: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dipelawa memohon hadiah penghargaan.
Wakil rakyatnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata pelajar yang meraih keputusan 7A dan ke atas boleh hadir ke pusat khidmat masyarakat untuk memohon.
“Insya-Allah, selepas Aidiladha kita anjurkan majlis penghargaan buat pelajar cemerlang dan mereka akan diberi sedikit wang tunai berdasarkan keputusan masing-masing.
“Kita mengalu-alukan pelajar cemerlang SPM sekitar DUN Lembah Jaya memohon dengan bawa slip keputusan mereka ke pusat khidmat masyarakat dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Selangorkini.
Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi 018-247 0897 atau terus ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lembah Jaya.