Pegawai Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyerahkan sumbangan kecemasan kepada salah seorang mangsa banjir lumpur di Desa Villa, Kampung Sungai Merab pada 28 Jun 2024. Foto Facebook Yide
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Yide ziarah mangsa banjir lumpur Sungai Merab, hulur bantuan tunai

SHAH ALAM, 29 JUN: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menghulurkan sumbangan kecemasan kepada 32 penduduk Desa Villa, Kampung Sungai Merab yang terjejas banjir lumpur semalam.

Sumbangan berbentuk wang tunai dan Pek Kasih Yide yang mengandungi barangan keperluan asas diberi bagi meringankan beban keluarga terbabit.

“Sebanyak 32 rumah telah dimasuki air banjir. Punca kejadian adalah disebabkan hujan lebat berterusan dan berkemungkinan daripada aliran air yang terdapat daripada kerja-kerja tanah.

“Walaubagaimanapun, status air sudah surut dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan,” katanya di Facebook.

Sumbangan disampaikan oleh Eksekutif Kebajikan Yide, Mohammad Haizan bersama Penolong Eksekutif Kebajikan Yide, Muhammad Danial.


Pengarang :