AGENSISELANGOR

Zakat Selangor sedia insentif RM700 buat asnaf dapat kerja baharu

SHAH ALAM, 2 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyedia insentif RM700 kepada asnaf yang mendapat pekerjaan baharu sehingga 30 Disember ini.

Agensi zakat negeri memaklumkan program bawah Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS) itu menyedia sumbangan RM700 kepada penerima berkelayakan.

“Berita baik buat asnaf fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar LZS. Adakah anda telah mendapat pekerjaan pada 2024?

“Jika ya, anda layak untuk memohon IPPAS. Mohon segera dan permohonan dibuka sehingga 30 Disember ini,” katanya menerusi Facebook semalam.

Menurut LZS, pemohon perlu melampirkan dokumen sokongan seperti kad pengenalan, kad pengenalan ketua keluarga, surat tawaran bekerja, surat pengesahan bekerja dan penyata akaun.

Jelasnya, permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan https://bit.ly/INSENTIFPERMULAANPEKERJAANASNAFSELANGOR-IPPAS-LZS

Untuk maklumat lanjut hubungi talian Zakat Selangor 1 300 88 4343 atau layari media sosial dan laman sesawang rasmi LZS.


Pengarang :