Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat pameran sempena Perasmian Kajian Penggal Rancangan Selangor Pertama (KSP RS-1) di Bangunan Annex, Shah Alam pada 4 Julai 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

13 projek impak tinggi dalam pelaksanaan

SHAH ALAM, 4 JULAI: Sebanyak 13 daripada 20 projek berimpak tinggi dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) pada peringkat pelaksanaan, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Membentang Kajian Separuh Penggal RS-1 di Dewan Negeri Selangor, beliau berkata ia merangkumi 65 peratus projek pemacu perubahan merentasi keempat-empat teras dalam dokumen berkenaan.

13 projek itu ialah:

• Jalur Lebar Industri Selangor (JALIN)
• Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA)
• Wilayah Pembangunan Bersepadu Di Selangor Selatan (IDRISS)
• Zon Pembangunan Ekonomi Selangor Maritime Gateway (SMG)
• Iltizam Selangor Penyayang (ISP)
• Selangor Maritime Gateway (SMG) – pembersihan dan pemulihan Sungai Klang
• Skim Bekalan Air Rasau
• Pembangunan Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu (ISWMC) dengan Loji Rawatan Waste-To-Energy (WTE)
• Selangor Government Data Exchange (SelGDX)
• Stesen Janakuasa Pulau Indah (PIPP)
• Kerjasama Awam-Swasta-Sivil (PPCP)
• Selangor Implementation And Performance Monitoring Unit (SIAP)
• Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA)

Amirudin menambah dua projek atau 10 peratus pada peringkat reka bentuk iaitu Selangor Aero Park (SAP) dan Pembangunan Sistem Inventori Gas Rumah Hijau Untuk Negeri Selangor.

Katanya, lima lagi dalam fasa konsep dan permulaan iaitu Carey Selangor (Pelabuhan Ketiga), Galeri Seni Kontemporari Dan Moden Shah Alam, Program Pekerjaan Warga Emas Selangor, Jawatankuasa Pengurusan Risiko Berpusat dan Intelligence Analytics Unit (IAU) Negeri.

Tujuh projek untuk pengukuhan ekonomi, tiga bagi mempertingkat kesejahteraan sosial, lima untuk memacu kelestarian dan lima lagi demi mengukuhkan tadbir urus yang pintar dan berkesan.


Pengarang :