EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin (tengah) bergambar bersama penerima pada majlis penyerahan Geran Kecil Alam Sekitar Selangor di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 30 JULAI 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

192 organisasi komuniti terima Geran Kecil Alam Sekitar bernilai RM600,000

SHAH ALAM, 31 JULAI: Seramai 192 organisasi komuniti menerima bantuan Geran Kecil Alam Sekitar (GKAS) bagi melaksana projek sistem penuaian air hujan dan kebun komuniti.

Agihan geran bernilai RM600,000 itu disempurnakan EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin pada majlis di foyer bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Ditemui pemberita, Jamaliah memaklumkan sejak dibuka pada 1 Jun pihaknya menerima 248 permohonan daripada persatuan penduduk, rukun tetangga, badan pengurusan bersama, institusi keagamaan, pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berucap pada majlis penyerahan Geran Kecil Alam Sekitar Selangor di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 30 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

“Jumlah permohonan yang diterima agak tinggi berbanding sebelum ini dan pemilihan dua projek tersebut kerana dapat beri manfaat kepada masyarakat serta komuniti termasuk membantu penjagaan fizikal dan mental.

“Kesemua permohonan ini disemak berdasarkan beberapa kriteria antaranya projek yang berpotensi menghasilkan dampak positif kepada komuniti dan penerapan matlamat pembangunan lestari),” katanya.

Sementara itu, penerima geran bagi kategori persatuan penduduk, Tan Joo Koon berkata pihaknya menerima manfaat inisiatif itu tiga kali sejak 2021 untuk mengusahakan kebun komuniti.

Tan Joo Koon

“Dengan adanya geran ini, komuniti di Taman Mayang Jaya SS26 dapat mengusahakan kebun tanaman herba yang dapat digunakan penduduk setempat.

“Dengan adanya geran ini, kami bercadang untuk membeli mesin untuk penyelenggaraan kebun dan memastikan usaha ini berkekalan untuk masa depan,” katanya.

K Subramaniam

Dalam pada itu, Yang Dipertua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Akob, Kapar K Subramaniam memanfaatkan geran itu dengan menambah baik projek tanaman sayuran di sekolah berkenaan.

“Ini merupakan kali pertama kami terima geran dan berasa sangat gembira kerana peruntukan ini dapat digunakan untuk mencantikkan lagi kebun yang diusahakan sejak tahun ini,” jelasnya.

Bendahari Surau Al-Ubudiyyah Desa Riang, Damansara Damai Zulkifli Mahmud bersyukur kerana permohonan geran oleh pihak masjid diluluskan.

Zulkifli Mahmud

“Kami bercadang menggunakan peruntukan membeli pam baharu untuk tanaman jagung kerana yang sebelum ini telah rosak,” katanya.

GKAS mula diperkenal pada 2018 bertujuan membantu projek berpotensi yang menghasilkan dampak positif kepada negeri selain mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar.

 


Pengarang :