Dua beradik Mariam Abu Akel dan abangnya Hamed diselamatkan dari runtuhan rumah akibat serangan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada 29 Disember 2023. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

85 pesakit dari Gaza dipindahkan ke UAE untuk terima rawatan

GENEVA, 31 JULAI: Seramai 85 pesakit kritikal dan cedera dari Semenanjung Gaza telah dipindahkan ke Abu Dhabi pada Selasa untuk menerima rawatan dalam operasi bersama berskala besar, lapor Xinhua.

Dibantu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan kerjasama kerajaan UAE dan rakan kongsi lain, pemindahan itu menandakan operasi terbesar seumpamanya sejak Oktober 2023.

Pesakit yang terdiri daripada 35 kanak-kanak dan 50 orang dewasa itu dipindahkan dari Gaza melalui lintasan Kerem Shalom ke Lapangan Terbang Ramon di Israel.

Pengarah Serantau WHO bagi Mediterranean Timur, Hanan Balkhy memuji usaha UAE dengan berkata: “Saya amat berterima kasih kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana memindahkan pesakit dari Gaza dan memberikan mereka rawatan.”

– BERNAMA-XINHUA


Pengarang :