AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat enam daerah di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 11 pagi

SHAH ALAM, 19 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga 11 pagi ini.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, beberapa kawasan di Pahang dan Negeri Sembilan.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :