ADNSELANGOR

Bantuan masuk universiti, Parlimen Bangi pelawa bakal mahasiswa mohon RM500

SHAH ALAM, 31 JULAI : Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Bangi mempelawa individu yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) memohon bantuan RM500.

Wakil rakyatnya Syahredzan Johan berkata sumbangan terhad kepada 100 belia itu boleh dimohon menerusi pautan https://bit.ly/BantuanAwalPengajian2024Bangi atau mengimbas kod QR poster.

“Kami mengambil inisiatif membantu bakal mahasiswa dan mahasiswi di dalam Parlimen Bangi untuk kemasukan baru ke universiti awam atau swasta bagi sesi Julai/September 2024.

“Dokumen yang perlu ketika memohon adalah surat tawaran kemasukan ke universiti, slip gaji atau pengesahan pendapatan atau slip bantuan sara hidup serta sijil kematian atau cerai ibu dan bapa,” katanya di Facebook.

Syarat kelayakan pemohon adalah pengundi dan pemastautin di Parlimen Bangi; pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 dan berjaya menerima tawaran kemasukan ke institut pengajian tinggi awam atau swasta bagi sesi Julai/September 2024.

Permohonan yang berjaya akan dihubungi menerusi sistem pesanan ringkas atau WhatsApp.


Pengarang :