Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 27 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Barangan dapur murah di lima lokasi Jualan Ehsan Rahmah pagi ini

SHAH ALAM, 21 JULAI: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan asas murah dengan mengunjungi Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di lima lokasi mulai 10 pagi ini.

Jualan murah diadakan di Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak (Gombak Setia) dan pekarangan kawasan Sekolah Kebangsaan Lembah Subang Ara Damansara (Seri Setia).

Selain itu, Taman Teluk Gedung Indah (Pelabuhan Klang), 42 Jalan Intan 1/1, Taman Puchong Intan (Kinrara) dan Flat Taman Tun Teja (Rawang).

Julai tahun lalu, PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Selain bekerjasama dengan Segi Fresh, PKPS turut menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih seluruh negeri hampir setiap hari.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :