Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada 1 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Dapatkan barangan dapur murah di 10 lokasi Jualan Ehsan Rahmah esok, lusa

SHAH ALAM, 19 JULAI: Orang ramai berpeluang mendapatkan barang asas murah dengan mengunjungi Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di 10 lokasi pada esok dan Ahad.

Jualan murah pada Sabtu diadakan di pekarangan Surau As-Syuhada Taman Suria Pendamar (Pelabuhan Klang) dan Balai MPKK Kampung Selayang Baru (Taman Templer).

Jualan sama turut berlangsung di Jalan BS 9, Jalan Bukit Segar Jaya (Teratai), Balairaya Kampung Batu Belah (Bandar Baru Klang) dan Taman Suria Selayang (Sungai Tua).

Program diteruskan sehari selepas itu di Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak (Gombak Setia) dan SK Lembah Subang Ara Damansara (Seri Setia).

Selain itu, Taman Teluk Gedung Indah (Pelabuhan Klang), Jalan Intan 1/1, Taman Puchong Intan (Kinrara) dan Flat Taman Tun Teja (Rawang).

Julai tahun lalu, PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Selain bekerjasama dengan Segi Fresh, PKPS turut menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih seluruh negeri hampir setiap hari.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :