Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di Taman Ekstrim Gua Damai, Gombak pada 2 Februari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Dusun Tua, Sentosa antara empat tapak jualan PKPS hari ini

SHAH ALAM, 4 JULAI: Progam jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi hari ini, bermula 10 pagi.

Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di tapak pasar malam Jalan Dato Dagang 39B (Sentosa) dan dewan orang ramai Kampung Batu 16 (Dusun Tua).

Selain itu, parkir Masjid Albakri Bukit Naga Seksyen 32 (Kota Kemuning) dan Taman Impian Indah Matang Pagar (Paya Jaras).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :