AGENDANASIONAL

Empat loji rawatan air henti tugas akibat pencemaran bau, tujuh wilayah terjejas

SHAH ALAM, 23 JULAI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menghenti tugas sementara empat loji rawatan air (LRA) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

Empat LRA berkenaan adalah Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3).

Agensi itu memaklumkan pihaknya mengambil segala usaha bagi meminimakan dampak gangguan bekalan tidak berjadual membabitkan tujuh wilayah Air Selangor iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

“Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan ke kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh ini,” katanya yang turut memaklumkan senarai kawasan terjejas akan dikongsi dalam masa terdekat.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor melalui talian 15300 atau layari https://airselangor.com

 

 

 

 


Pengarang :