EXCO Keusahawanan Najwan Halimi berbual bersama peserta ketika majlis perasmian program Selangor 1000 Digital Siri 3 yang diadakan di Dewan Semarak Cyberjaya, Sepang pada 31 Julai 2024. Turut sama Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Sepang Datuk Aiman Athirah Sabu (dua, kanan) dan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI Selangor Ahmad Azri Zainal Nor (kanan). Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
EXCOSELANGOR

EXCO: 1,182 atlet, pegawai wakili Selangor ke SUKMA, sasar 61 pingat emas

SEPANG, 31 JULAI: Seramai 1,182 atlet mewakili Selangor ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak yang berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos ini, kata EXCO sukan.

Najwan Halimi berkata pegawai akan berlepas ke Sarawak 6 Ogos nanti sebagai persiapan logistik termasuk memastikan keselamatan atlet terjamin.

“Semua nama atlet mewakili Selangor telah dimuktamadkan dan dalam persiapan akhir untuk penyelarasan. Seramai 1,182 atlet dan pegawai terlibat akan berada di Sarawak untuk SUKMA kali ini.

“Pegawai berlepas awal bagi memastikan semuanya dalam keadaan baik termasuk aspek keselamatan atlet,” katanya ditemui pada majlis perasmian program Selangor 1000 Digital daerah Sepang di Dewan Semarak, Cyberjaya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Najwan memaklumkan atlet juga turut menerima tajaan dan bantuan kewangan daripada bapa angkat persatuan sebagai persiapan ke SUKMA.

Bagi kejohanan kali ini, Selangor menyasarkan kutipan 61 pingat emas dan yakin Selangor berada pada kedudukan tiga teratas.

Untuk rekod, Selangor pernah menjuarai temasya sukan berkenaan di Sarawak pada 2016. Belanjawan Selangor 2024 memperuntuk RM8 juta sebagai persediaan kontinjen negeri menghadapi sukan dwi tahunan itu.


Pengarang :