EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim (tengah) meninjau perkembangan projek pembinaan Jejambat Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada 26 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Jejambat Bandar Saujana Putra dibuka Ahad ini, manfaatkan 65,000 penduduk

HULU SELANGOR, 2 JULAI: Jejambat Bandar Saujana Putra sepanjang 820 meter yang dibina bagi mengatasi kesesakan trafik kawasan sekitar dibuka kepada pengguna Ahad ini.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata jejambat yang menghubungkan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Klang Selatan (SKVE) itu akan dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

“Pemeriksaan akhir berkaitan teknikal telah dijalankan, semuanya dalam keadaan baik dan jejambat akan dibuka pada 7 Julai ini,” katanya ditemui pada majlis pembukaan semula laluan B66 Jalan Batang Kali-Genting Highlands di sini, semalam.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar mengumumkan peruntukan kira-kira RM60 juta untuk membina jejambat baharu bagi mengatasi masalah kesesakan di kawasan tersebut.

Amirudin memaklumkan jejambat itu bakal memberi manfaat kepada 65,000 penduduk serta pengguna SKVE dan ELITE, dari arah Bandar Saujana Putra.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim melawat lokasi pembinaan jejambat Bandar Saujana Putra pada 26 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Pengarang :