Orang ramai melakukan pemeriksaan kesihatan pada Program Selangor Saring DUN Paya Jaras di Dewan Meranti MBSA Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20, Shah Alam pada 6 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jom hadir program Selangor Saring, manfaat ujian kesihatan percuma

SHAH ALAM, 20 JULAI : Orang ramai dipelawa menyertai program Selangor Saring bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Kuantan, Klang hari ini, mulai 9 pagi hingga 3 petang.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata saringan kesihatan percuma peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga itu menyediakan ujian seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, barah, mata, telinga dan gigi.

“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program Selangor Saring. Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma. Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika ada masalah pendaftaran,” katanya Facebook.

Beliau menyarankan orang ramai mendaftar program Selangor Saring menerusi empat langkah berikut:

  • Memuat turun aplikasi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah
  • Tekan butang Selangor Saring
  • Isi borang soal selidik
  • Pilih lokasi dan tarikh program

Menerusi pembentangan  Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.


Pengarang :