Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Jelajah Kita Selangor Penyayang daerah Petaling di Padang Permainan MBPJ pada 12 Mac 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Intipati Belanjawan Selangor 2024: Makmur bersama, semua merasa

Berkat kestabilan dan perpaduan Selangor, Belanjawan Selangor 2024 yang memperuntuk RM2.53 bilion membawa kemakmuran kepada semua, daripada bayi hingga warga emas.

Bertema Selangor Mandiri: Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan, belanjawan itu memperkenal usaha baharu termasuk melengkap jaringan pengangkutan awam, memastikan jaminan bekalan makanan, membuka peluang pekerjaan dan meraih pelaburan berteknologi tinggi.

Enakmen Lembah Klang Raya pula menyatukan pentadbiran Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang. Rancangan membina Jajaran Rel Kita Selangor dari Klang ke Kuala Selangor bakal meningkatkan mutu pengangkutan awam.

Dalam masa sama, program kebajikan diteruskan, bahkan ditambah baik demi membela golongan rentan termasuk mahasiwa daripada keluarga berpendapatan rendah melalui pemberian baucar buku.

Belanjawan yang menyediakan RM1.33 bilion untuk pengurusan dan RM1.2 bilion untuk pembangunan sejajar manifesto Pakatan Harapan-Barisan Nasional pada pilihan raya negeri Ogos tahun lepas. Wartawan ABDUL RAHIM SABRI menyusun semula manfaat mengikut kumpulan sasar.

Wanita

Program dan aktiviti Wanita Berdaya Selangor (WBS) RM4 juta

  • badan pemikir jalan kajian dan dasar bantu wanita

Kanak-kanak

Saringan Perkembangan Kanak-kanak RM350,000

  • kenalpasti perkembangan anak usia 3-5 tahun keluarga B40

Bantuan subsidi yuran Kafa-i RM5 juta sekali bayar

  • subsidi yuran RM30 sebulan murid B40
  • tampung utiliti, sewa, internet, naik taraf premis, elaun guru rakyat

Skim ASUH PINTAR RM600,000

  • subsidi bulanan RM100 kepada taska awam
  • anak bawah 4 tahun keluarga B40

Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) RM2 juta

  • subsidi bulanan RM50 kepada tadika berdaftar
  • anak umur 5 dan 6 tahun

Iltizam Anak Selangor RM3 juta

  • tabungan RM500 akaun SSPN Prime dalam lima tahun
  • deposit boleh keluar umur 18 tahun
  • sasaran 30,000 kanak-kanak lahir 2022 ke atas

    Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Pelancaran Iltizam Selangor ketika Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pelajar sekolah

Bantuan Sekolah Negeri Selangor RM26.5 juta

  • baiki infrastruktur, persekitaran kondusif

Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) RM10 juta

  • tuisyen percuma calon SPM seluruh Selangor

Pembudayaan Sains dan Inovasi RM2 juta

  • bangunkan bakat murid dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)

Mahasiswa

Pembangunan Mahasiswa Selangor RM24.9 juta

  • biaya pembangunan pendidikan tinggi dan IPT Selangor
  • baucar buku 1,000 mahasiswa B40 dan asnaf

Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) RM13.85 juta

  • program kemahiran, vokasional lahir pekerja mahir

    Peserta menjalani latihan amali ketika menyertai bengkel pemantapan diri anjuran Yayasan Raja Muda Selangor bersama Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di Kuala Selangor pada 15 Jun 2023. Foto Facebook STDC

Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) RM5 juta

  • bantuan yuran RM500 hingga RM1,000
  • untuk 2,500 pelajar daripada B40 dan M40

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Kerajaan Negeri RM9 juta

  • biaya anak Selangor di universiti dalam atau luar negara

Hadiah Pengajian IPT RM3 juta

  • insentif RM1,000 siswa ke IPT awam atau swasta

    Seramai 1,306 pelajar Universiti Selangor (Unisel) menerima anugerah masing-masing sempena istiadat konvokesyen ke-17 di Dewan Canselor Unisel kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 9 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pemerkasaan IPT Kerajaan Negeri RM9 juta

  • perkasa infrastruktur, pentadbiran dan kompetensi IPT

Naik taraf Asrama Selangor di Mesir RM200,000

  • asrama untuk keselesaan 156 siswa Selangor di Mesir

Tabung Amanah Pembangunan dan Pengurusan Pelajar Timur Tengah RM5 juta

  • tabung wakaf beli Rumah Selangor ke-2 di Mesir

Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas

Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) RM1 juta

  • bantuan urus anak OKU bawah 18 tahun

Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor RM1 juta

  • dana sedia dan laksana Dasar Ekonomi Penjagaan
  • upah penjaga kanak-kanak, warga emas dan OKU di pusat penjagaan

    Kanak-kanak istimewa mengikuti sesi pembelajaran di Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (ANIS) di Seksyen 7, Shah Alam pada 12 Januari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Kebajikan Kumpulan B40

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) RM108 juta

  • bantuan RM300 e-dompet kepada 30,000 keluarga
  • beli barangan asas dan alat pendidikan anak

Baucar Jom Shopping RM16.48 juta

  • baucar RM200 perayaan utama
  • sasar 82,400 orang pendapatan bawah RM3,000

    Warga emas menerima baucar Jom Shopping ketika program Hari Perihatin Rakyat anjuran Parlimen Gombak di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Gombak pada 29 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Skim Mesra Usia Emas, Insan Istimewa RM37.5 juta

  • baucar beli belah RM150 untuk warga emas, insan istimewa
  • khairat kematian RM500 kepada waris

Blueprint Pembasmian Kemiskinan RM2.1 juta

  • bantuan alatan penjaja, peniaga atau kerja sendiri
  • Karnival Blueprint untuk pasar produk

Orang Asal RM2.5 juta

  • naik taraf infrastruktur sekolah
  • bina, baiki dan naik taraf rumah daif
  • selesaikan isu warta tanah kampung

Dana bantuan guaman Selangor RM1 juta

  • subsidi kos guaman RM3,000 kepada B40
  • meliputi kes syariah isu keluarga dan perkahwinan

Bantuan rumah kerajaan prihatin RM2 juta

  • bantuan baiki dan bina rumah baharu

Belia dan penggiat sukan

  • bantuan dan caruman KWSP pemandu e-panggilan RM1 juta
  • kembangkan Selangor Cyber Games, liga e-Sukan setiap daerah RM1 juta
  • misi juara Sukma bawah Majlis Sukan Negeri Selangor RM8 juta
  • kembalikan gemilang bola sepak Selangor RM10 juta

Penjagaan kesihatan

  • laksana program pencegahan awal penyakit, agenda kesihatan awam RM59.7 juta

Umat Islam

Jemaah haji RM3 juta

  • pertambahan Insentif Muassasah Haji Selangor

Kompleks Islam di Gombak Permai RM25 juta

  • bina masjid baharu, kuarters imam, bilal dan sekolah rendah agama

Festival Turath Islami RM2 juta

  • suburkan ilmu agama seluruh negeri
Bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Juma’ah bersama tetamu membaca zikir ketika Majlis Zikir Darul Ehsan sempena Festival Turath Islami di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 22 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Program pengurusan masjid RM2 juta

  • naik taraf 20 masjid kariah ke masjid pengurusan

Akademi Literasi Al-Quran RM 1 juta

  • pengajian bersijil di Gombak dan Sabak Bernam
  • perkasa program masjid di daerah Petaling

Perkasa institusi fatwa RM500,000

  • untuk laksana penyelidikan dan kajian Jabatan Mufti

Naik taraf kemudahan dan keselesaan masjid RM700,000

  • baiki 14 masjid di lokasi jalan utama

Tenaga mahir dan usahawan

Majlis Kemahiran & Pekerjaan Selangor RM1 juta

  • untuk kenal pasti, tawar tenaga kerja mahir industri

Liga Usahawan Wanita dan Selangor Youth Community RM3.3 juta

  • bantuan niaga, urusan kewangan dan pemasaran produk mikro, kecil dan sederhana.

Jaminan makan RM50 juta

  • kukuh stok bekalan makanan seperti beras, ikan dan daging
  • projek klusterisasi tanaman dan produk hiliran setiap daerah
  • guna teknologi hidroponik, akuaponik, penanaman vertikal

Pengukuhan Pemantauan Pelaksanaan dan Prestasi Selangor (siap) RM1 juta

  • pembangunan sistem pengurusan projek lebih cekap
  • laporan berkala lebih kerap dihantar termasuk tambah pegawai

Perumahan rakyat

Skim Smart Sewa tambahan RM 220 juta

  • bantuan sewa rumah rakyat B40 dan M40
  • sasar 810 unit

Penyelesaian projek terbengkalai RM18 juta

  • pulih projek perumahan terbengkalai di Selangor

Pasukan petugas hak milik strata RM200,000

  • selesaikan isu tiada hak milik strata pangsapuri

Rumah Selangorku

  • bina 200,000 rumah dalam lima tahun

    Pembinaan Rumah Selangorku menjadi keutamaan Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat negeri ini berpeluang memiliki kediaman sendiri. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pemain Industri dan Ekonomi

Pusat Kecerdasan Buatan Selangor RM1 juta

  • kerjasama syarikat pakar tarik pelaburan dan peluang kerja

Pembangunan Dron Selangor RM2 juta

  • pemain utama terokai industri bangun dron
  • kerjasama anak syarikat SELATI dengan Turkish Aerospace (TUSAS)

Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) RM20 juta

  • promosi pelaburan utama rantau Asia Tenggara
  • tambah nilai dengan industri ekonomi kreatif
Orang ramai berpeluang bergambar bersama keluarga di hadapan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika Pameran Penerbangan Selangor 2023 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark, Shah Alam pada 9 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pameran Udara Selangor (SAS) RM8 juta

  • industri perniagaan penerbangan dianjur setiap dua tahun
  • antara tumpuan sektor keselamatan, pertahanan, pembangunan dron

Pembangunan Serantau Bersepadu di Selatan Selangor (IDRISS)

  • pembangunan serantau bersepadu selatan Selangor
  • bina Taman Industri Internet Kebendaan (IEP) lengkap jalur lebar RM6 juta
  • Pulau Carey sebagai pelabuhan ketiga
  • Taman Aero Selangor konsep hijau tumpu industri senggara, baik pulih, pasang, pembuatan, latihan, pekerja mahir penerbangan hijau
  • taman industri terselia (MIP) galak kawasan industri baharu

Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) RM76 juta

  • tawar 3,000 peluang pekerjaan
  • laksana projek industri hiliran hasil laut dan agro makanan Sungai Lang
  • industri ternakan ikan dan kemudahan proses hasil laut
  • kompleks lengkap fasiliti jual ikan, pembungkusan, sejuk beku, bengkel senggara bot

Pembangunan Sektor Sains Hayat

  • kerjasama dengan IPT, institusi penyelidikan dan pemain industri
  • bidang perubatan, farmaseutikal, bioteknologi, produk kosmetik dan penjagaan diri

Penghuni bandar

  • perkenal Enakmen Lembah Klang Raya RM2 juta
  • bangun sistem e-pelelong dan tender, doket pintar urusan lelongan, tender dan bahan batuan RM6 juta
  • rizab tambahan pihak berkuasa tempatan 10 peratus untuk prasarana
  • Projek Selangor Penyayang tingkat kemudahan awam 56 DUN RM24 juta

Pelancong

Industri halal RM3 juta

  • anjur Selangor International Halal Convention (SELHAC) 2024
  • Selangor platform utama Nusantara sektor halal
  • fokus inovasi digital halal, rangkaian bekalan logistik, pensijilan halal

Tahun Melawat Selangor 2025 RM3.3 juta

  • pakej pelancongan khas bagi pelancong Asia, Eropah
  • ‘Pusing Selangor Dulu’ dan teknologi digital pelancongan maya

Projek Taman Geo Gombak – Hulu Langat RM2 juta

  • sasar iktiraf UNESCO Global Geopark melalui kajian saintifik, bangun prasarana serta geo-pelancongan

    Formasi Batu Kapur Kuala Lumpur Anak Takun merupakan salah satu geotapak bagi Geotaman Gombak-Hulu Langat (GHL) dikenali sebagai Bukit Anak Takun yang terletak di Templer Park, Rawang dan mempunyai nilai warisan saintifik, rekreasi, estetik dan budaya. Foto Facebook Gombak-Hulu Langat Geopark

Pengguna pengangkutan dan kemudahan awam

Jalan raya dan infrastruktur RM145 juta

  • kemudahan infra, jaringan lebih luas antara bandar dan daerah

    Kerja turapan jalan rosak secara besar-besaran mula dilaksana di seluruh Selangor pada Mei 2023. Foto Facebook Pusat Informasi Negeri Selangor

Jajaran Rel Kita Selangor RM3 juta

  • kajian kebolehlaksanaan rel Klang ke Sabak Bernam

Projek tebatan banjir, pengairan, utiliti

  • urus pengairan, saliran dan tebatan banjir RM133 juta
  • saluran khidmat bersih Pulau Indah RM300 juta

Mobiliti Selangor

  • pengangkutan van, bas mini, Bas Smart Selangor RM5 juta
  • bina laluan pejalan kaki selesa dan selamat RM3 juta

Pencinta alam sekitar

Prasarana kenderaan elektrik RM1 juta

  • 1,000 unit stesen cas kenderaan elektrik
  • bina laluan hijau, guna dua bas elektrik

Dasar dan pelan tindakan perubahan iklim RM300,000

  • laksana dasar adaptasi, mitigasi dan urus risiko perubahan iklim

Program tanam 11 juta pokok RM400,000

  • pulihara, hijau semula hutan yang diteroka
  • kekalkan 31 peratus Hutan Simpan kekal

Adakan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim RM800,000


Pengarang :