Orang ramai berbelanja di Jualan Ehsan Rahmah (JER) di pasar raya Segi Fresh Telok Panglima Garang pada 30 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kaedah bersasar tangani kemiskinan mutlak, relatif

SHAH ALAM, 4 JULAI: Masalah kemiskinan mutlak berkurangan dari 0.7 kepada 0.5 peratus hasil usaha berterusan bagi mengatasi isu berkenaan secara bersasar, kata Dato’ Menteri Besar.

Namun, Dato’ Seri Amirudin Shari menyifatkan tahap kemiskinan sedemikian yang mencatat 1.5 peratus pada 2022 masih tinggi berbanding sasaran 0.5 peratus menjelang 2025.

“Kerajaan Negeri sedar terdapat cabaran yang perlu dihadapi untuk mencapai sasaran dan sedang berusaha keras untuk memperbaiki keadaan sosioekonomi semua lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu membentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menjelaskan kemiskinan relatif petunjuk penting dalam ekonomi moden, beliau berkata Selangor menyasarkan kadar 11 peratus menjelang 2025 berbanding 14.2 peratus pada 2022.

“Untuk mencapai sasaran, usaha yang lebih bersasar dan bersepadu perlu ditumpu bagi menangani kemiskinan bandar dan luar bandar,” katanya.

Amirudin memberitahu Selangor juga mahu lebih banyak usaha bersasar dibuat bagi menangani kemiskinan mutlak dan relatif meskipun Selangor menoktahkan kemiskinan tegar pada 2022.


Pengarang :