Orang ramai menyertai acara senamrobik sempena program Hari Selangor Bersukan di padang paragliding Bukit Jugra, Banting pada 9 Oktober 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Kerajaan Negeri hasrat lancar kembali SLIM Selangor, pupuk gaya hidup sihat

SABAK BERNAM, 27 JULAI : Kerajaan Negeri berhasrat melancar kembali program SLIM Selangor bagi memupuk amalan gaya hidup sihat dan mengurangkan obesiti dalam kalangan rakyat.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin bagaimanapun berkata mekanisme pelaksanaannya sedikit berbeza berbanding sebelum ini yang hanya menumpu kepada penjawat awam.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berucap merasmikan Karnival Jelajah 3S Santai, Sihat, Sejahtera di Pengkalan Sabak, Sabak Bernam pada 27 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Kali ini kita lebih tumpu untuk anjurkan program SLIM Selangor di kawasan pangsapuri atau flat di sekitar Selangor dengan aktivitinya lebih kepada zumba dan senamrobik sebagai projek rintis. Kita jangka dalam tempoh sebulan dua ini ia akan dilaksana.

“Sasarannya lebih kepada penduduk di kawasan berkenaan bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat sekali gus mendidik mereka bagi mendapatkan dan mengekalkan berat badan ideal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival 3S (Santai, Sihat, Sejahtera) di Pengkalan Sabak, Pekan Sabak di sini hari ini.

Mula diperkenalkan pada April 2019, program SLIM Selangor ketika itu menumpukan penjawat awam untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi mencapai berat badan ideal.

 


Pengarang :