Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu delegasi Hamas yang diketuai pimpinan utamanya Ismail Haniyeh pada 13 Mei 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDAGLOBAL

Ketua Hamas Ismail Haniyeh dibunuh di Iran

ISTANBUL, 31 JULAI: Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di ibu negara Iran, Tehran, umum kumpulan itu pada awal pagi Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Hamas berdukacita kepada rakyat Palestin, kepada negara Arab dan Islam di seluruh dunia atas kematian syahid Ismail Haniyeh, ketua kumpulan ini yang terkorban dalam serangan Zionis ke atas kediamannya di Tehran selepas menghadiri majlis pelantikan presiden Iran yang baharu,” menurut kenyataan itu di Telegram.

Televisyen Iran juga melaporkan kematian Haniyeh, menyatakan bahawa siasatan mengenai pembunuhan itu sedang dijalankan dan keputusan akan diumumkan tidak lama lagi.

Tiada pengumuman segera dibuat oleh Israel mengenai insiden itu.

– BERNAMA-ANADOLU

Biodata

  • Nama: Ismail Haniyeh
  • Umur: 62 tahun
  • Terbunuh: 31 Julai 2024 di Tehran, Iran
  • Lahir: 29 Januari 1962 di kem pelarian Al-Shati, Gaza
  • Pendidikan: Universiti Islam Gaza jurusan Kesusasteraan Arab
  • Keluarga: 13 anak (tiga terbunuh dalam serangan 10 April 2024)
  • Kakak terbunuh Jun 2024. Kira-kira 60 ahli keluarga dan saudara-mara terbunuh
  • Jawatan: Ketua Biro Politik Hamas (mulai Mei 2017)

Pengalaman:

  • Perdana menteri pihak berkuasa Palestin di Gaza (2006-2007)
  • Menjadi guru selepas tamat belajar

Pembabitan dalam Hamas:

  • Pemimpin mahasiswa ketika di universiti (1981)
  • Sertai Hamas sejak diasaskan (1988)
  • Dipenjara oleh Israel 1988 (enam bulan) dan 1989 (tiga tahun)
  • Setiausaha pengasas Hamas Sheikh Ahmad Yassin (terbunuh 2004)

Disediakan ABDUL RAHIM SABRI
Sumber: Encyclopedia Britannica & The Muslim 500: The World’s Most Influential Muslims


Pengarang :