Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kota Kemuning antara empat lokasi jualan murah PKPS esok

SHAH ALAM, 24 JULAI: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan dapur pada harga murah diteruskan di empat lagi tempat, esok.

Bermula jam 10 pagi, jualan kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di Sea Park Apartment, Seksyen 21, Petaling Jaya (Kg Tunku) dan Dewan MBSA Kg Melayu Sungai Buloh (Kota Damansara).

Dua lagi tempat di Blok E Residensi Bistari, Taman Ukay Bistari (Hulu Klang) dan Dewan Masyarakat Kg Bukit Lanchong (Kota Kemuning).

Penduduk mendapatkan barangan murah ketika Jualan Ehsan Rahmah DUN Meru di Masjid Al Falah Meru, Klang pada 15 Januari 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :