Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon (duduk, tiga kiri) bersama penganjur pada sidang media PJ Half Marathon 2024 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Selangor pada 29 Julai 2024. Foto Zulhusny Zaker/MEDIA SELANGOR
PBTSELANGOR

Lebih 8,000 peserta termasuk luar negara sertai PJ Half Marathon 2024

Oleh ZULHUSNY ZAKER

PETALING JAYA, 30 JULAI: Lebih 8,000 peserta dari dalam dan luar negara dijangka menyertai acara larian terulung PJ Half Marathon 2024 edisi ke-34, 18 Ogos ini.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan daripada jumlah itu 250 orang adalah peserta antarabangsa dari 38 negara.

Datuk Bandarnya Mohammad Zahri Samingon berkata, jumlah peserta pada kali ini meningkat dengan 7,000 peserta dari Lembah Klang terutama Selangor dan Kuala Lumpur.

“Sambutan ini menjadikan PJ Half Marathon 2024 larian berprestij kerana berjaya menarik penyertaan pelari antarabangsa.

“Lima kategori dipertandingkan iaitu larian 30 kilometer (km) terbuka, 21 km terbuka, 10 kilometer terbuka serta lima dan satu kilometer Fun Run,” katanya pada sidang media program berkenaan di sini semalam.

Beliau berkata buat pertama kali penganjur memperkenalkan tema baru iaitu Fun Run Anime dengan tujuan memeriahkan lagi pertandingan.

PJ Half Marathon 2024 dianjurkan MBPJ dan Puncak Ventures SRA Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Olahraga Para Selangor.


Pengarang :