Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan Israel berlindung di kem penempatan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada 14 Februari 2024. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Lebih 9,000 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sejak 7 Oktober

RAMALLAH, 4 JULAI: Jumlah rakyat Palestin yang ditahan sejak bermulanya serangan Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lepas, telah meningkat kepada 9,520 orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin serta Persatuan Tahanan Palestin (PPS).

Kedua-dua organisasi itu dalam satu kenyataan bersama memaklumkan bahawa angka berkenaan termasuk mereka yang ditahan dari rumah melalui pos kawalan tentera, mereka yang terpaksa menyerah diri di bawah tekanan dan mereka yang ditahan sebagai tebusan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut kenyataan itu, tentera pendudukan Israel telah menahan sekurang-kurangnya 10 orang dari Tebing Barat, termasuk seorang wanita dari Tulkarm sejak Rabu.

– BERNAMA-WAFA


Pengarang :