Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor menyita alat tangkapan ikan seperti ambai dan belat yang dipasang secara haram di sekitar perairan Kuala Langat menerusi Op Hurricane Bersepadu bermula 25 Julai 2024. Foto Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
AGENSISELANGOR

Maritim sita alat tangkap ikan dipasang secara haram di perairan Kuala Langat

SHAH ALAM, 28 JULAI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor menyita alat tangkapan ikan seperti ambai dan belat yang dipasang secara haram di sekitar perairan Kuala Langat menerusi Op Hurricane Bersepadu bermula 25 Julai lepas.

Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata operasi dengan kerjasama Jabatan Perikanan Selangor itu bertujuan memupuk kesedaran komuniti nelayan terhadap pematuhan undang-undang dan hal ehwal pelesenan seperti yang termaktub dalam Akta Perikanan 1985.

“Pelaksanaan operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kelestarian sumber perikanan negara dan keselamatan dalam sektor perikanan akan terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 11 (3) (b) dan Seksyen 11 (3) (c) Akta Perikanan 1985.

– BERNAMA


Pengarang :