Orang ramai melakukan pemeriksaan kesihatan pada Program Selangor Saring DUN Paya Jaras di Dewan Meranti MBSA Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20, Shah Alam pada 6 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Orang ramai dipelawa sertai program saringan kesihatan percuma di Dengkil hari ini

SHAH ALAM, 7 JULAI: Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Orang Ramai Dengkil hari ini bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata inisiatif Selangor Saring menyediakan saringan kesihatan seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, kanser, mata, telinga dan gigi.

“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program Selangor Saring. Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma. Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika ada masalah pendaftaran,” katanya menerusi Facebook.

Beliau menyarankan orang ramai mendaftar program Selangor Saring menerusi empat langkah berikut:

1) Memuat turun aplikasi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah)
2) Tekan butang Selangor Saring
3) Isi borang soal selidik
4) Pilih lokasi dan tarikh program

Program saringan kesihatan percuma itu juga dijadual berlangsung pada 14 Julai di Dewan Orang Ramai Kampung Wira Damai (DUN Sungai Tua) dan 20 Julai di Dewan Serbaguna Kampung Kuantan (DUN Batu Tiga).

Menerusi pembentangan  Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.


Pengarang :