Ismanira Abdul Manaf keluar dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya selepas selesai urusan pembayaran ikat jamin pada 13 Jun 2024. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Peguam Mahmud Jumaat tidak lagi wakili ibu Zayn Rayyan

SHAH ALAM, 26 JULAI: Peguam, Mahmud Jumaat mengesahkan tidak lagi mewakili ibu, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dituduh atas kes pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu.

Mahmud Jumaat berkata, beliau tidak hadir ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi prosiding hari pertama sebutan semula kes itu hari ini di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh, lapor Sinar Harian.

“Saya tidak lagi mewakili Ismanira,” katanya.

Sementara itu, Ismanira Abdul Manaf, 29, dan suaminya Zaim Ikhwan Zahari, 29, kelihatan tenang ketika hadir ke mahkamah.

Pada 13 Jun lalu, pasangan suami isteri itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pengabaian terhadap anak mereka Zayn Rayyan, 6 dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pengarang :