Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas murah sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Tahun Baharu Cina di Kompleks 3k, SS13, Subang Jaya pada 9 Febuari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang beli barangan dapur murah di lima lokasi pagi ini

SHAH ALAM, 28 JULAI: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi hari ini, bermula 10 pagi.

Jualan Ehsan Rahmah (JER) berlangsung di Dewan Sri Temua, Desa Temua (Bukit Lanjan) dan Gelanggang Bola Keranjang Kuala Ampan (Bukit Antrabangsa).

Jualan sama turut berlangsung di Blok 55 Pangsapuri Nilam Sari, Seksyen 7, Shah Alam (Kota Anggerik), Surau El-Ehsaniah, Kg Seri Aman (Seri Serdang) dan Taman Anggerik Villa 2 (Sungai Ramal).

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :