Pengurus Komunikasi Strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Noor Azreena Abdul Azizi (kanan) menunjukkan pelbagai jenis buah tempatan yang dijual sempena Karnival Rakyat Karangkraf: Jom Sertai Riuh Rewang Bersama PKPS di Kompleks Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PKPS tawar buah segar dari ladang pada harga istimewa sempena Riuh Rewang

SHAH ALAM, 28 JULAI: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus bagi setiap buah-buahan segar dari ladang Selangor Fruit Valley di program Riuh Rewang sempena Karnival Rakyat Karangkraf, di sini.

Pengurus Komunikasi Strategik PKPS Noor Azreena Abdul Azizi berkata pihaknya membuka reruai khas bagi membolehkan pengunjung mendapatkan pelbagai buah-buahan seperti pulasan, jambu dan belimbing pada harga murah berbanding pasaran.

Pengurus Komunikasi Strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Noor Azreena Abdul Azizi. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Paling menarik ialah kita bawa buah nangcem iaitu kacukan nangka dan cempedak dengan benihnya PKPS buat sendiri serta dijual pada harga RM6 sekilo berbanding pasaran RM10,” katanya.

Ditemui pada karnival tersebut, beliau memaklumkan PKPS turut menganjurkan Jualan Ehsan Rahmah (JER) bagi memudahkan pengunjung mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah.

Pengunjung membeli pelbagai jenis buah tempatan ketika mengunjungi Karnival Rakyat Karangkraf: Jom Sertai Riuh Rewang Bersama PKPS di Kompleks Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Khas untuk karnival ini kita bawa hampir 30 produk PKPS termasuk enam barangan laris iaitu ayam, telur, ikan, daging, minyak dan beras. Di sini, mereka boleh dapatkan barangan lain seperti sos, kordial dan biskut jenama Ehsan.

“Sambutan diterima amat menggalakkan dan kita bawa jualan murah ini bagi memberi peluang kepada pengunjung yang tidak dapat hadir pada hari biasa dapat menikmati manfaat Kerajaan Negeri ini,” katanya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Orang ramai membeli pelbagai barangan keperluan asas ketika Jualan Ehsan Rahmah sempena Karnival Rakyat Karangkraf: Jom Sertai Riuh Rewang Bersama PKPS di Kompleks Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Petugas menyusun beras ketika Jualan Ehsan Rahmah sempena Karnival Rakyat Karangkraf: Jom Sertai Riuh Rewang Bersama PKPS di Kompleks Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR


Pengarang :