Chew Jeti di Pulau Pinang adalah antara destinasi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PM: Malaysia perlu ada anjakan strategi sektor pelancongan

KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Malaysia memerlukan anjakan kepada sasaran, strategi dan inisiatif bagi sektor pelancongan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sehubungan itu, kerangka, insentif dan pembangunan infrastruktur yang dibangunkan oleh kerajaan penting untuk disahut dengan pelaburan sektor swasta sebagai pemain utama dalam merencana produk pelancongan serta penyediaan sumber tenaga berkualiti.

Perkara itu antara inti pati Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 5 Tahun 2024 yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini dengan tumpuan dan perbincangan secara mendalam berhubung sektor pelancongan serta pengangkutan awam.

“Turut disentuh, aspek peningkatan mutu perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada termasuk dengan menambah baik kualiti kemudahan perhubungan ke stesen-stesen pengangkutan rel bandar.

“Saya percaya, penambahbaikan ekosistem pengangkutan awam negara perlu diselarikan antara lain dengan pemahaman yang diikuti dengan langkah-langkah pembetulan ke atas kekurangan semasa,” kata Anwar menerusi hantaran di laman Facebook.

– BERNAMA


Pengarang :