Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi menyantuni aktivis awal reformasi Syed Harun Syed Yacob di Batu Caves pada 2 Julai 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim.
AGENDANASIONAL

PM sampaikan sumbangan kepada aktivis awal reformasi

KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada aktivis awal reformasi Syed Harun Syed Yacob yang mengalami masalah kesihatan.

Anwar berkata sumbangan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau dalam sesi Ziarah MADANI di kediaman Syed Harun di Batu Caves, Selangor semalam.

“Saya dimaklumkan beliau mempunyai masalah paru-paru sehingga memerlukan bantuan pernafasan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Perdana Menteri berkata sumbangan itu bagi meringankan beban kos perubatan yang ditanggung oleh Syed Harun.

Beliau turut mendoakan agar aktivis itu diberi kekuatan dan kesembuhan secepat mungkin.

– BERNAMA


Pengarang :