Suasana ketika Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2024 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PPAS sertai pesta buku di Guangzhou, platform promosi karya tempatan

SHAH ALAM, 29 JULAI : Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan menyertai Pesta Buku China Selatan di Guangzhou, yang berlangsung pada 16 hingga 20 Ogos depan.

Ketua Bahagian Unit Korporat Zafrullah Aris berkata penyertaan PPAS sebagai pempamer akan meningkatkan imejnya selain mempromosi karya tempatan di peringkat antarabangsa.

Ketua Bahagian Unit Korporat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Zafrullah Aris ketika ditemui di Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2024 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

“PPAS menerima jemputan daripada kerajaan China baru-baru ini untuk menjadi pempamer dan membuka rerurai. Ini menunjukkan PPAS semakin dikenali terutama menerusi siri penganjuran pesta buku di Selangor.

“Malah pesta buku di Guangzhou ini juga menjadi platform untuk mempromosi Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) yang bakal dianjurkan November ini,” katanya.

Bercakap ketika ditemui di Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor di Kompleks PKNS di sini, Zafrullah berkata PPAS juga akan memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan China.

“Sudah tentu kita perlu penglibatan dari negara luar seiring dengan nama pesta buku bertaraf antarabangsa dan menerusi MoU ini kita juga menjemput China untuk membuka reruai di SIBF November ini.

“Kita harap kerjasama antara Selangor dan China ini dapat memperluaskan lagi perkembangan buku dan karya antara kedua-dua negara di peringkat antarabangsa,” katanya.

SIBF julung kali dianjurkan tahun 2022 susulan kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

Acara ini bukan sekadar penjualan buku tetapi juga menjadi platform untuk berkongsi idea, melibatkan 255 pempamer dari dalam dan luar negara seperti Indonesia, China, dan Arab Saudi. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, jualan buku, dan diskaun turut ditawarkan.

Suasana ketika Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2024 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR
Muhammad Ajwad Muhammad Zaidi, 8, bersama ibunya Che Zaleha Che Hasan, 45, memilih bahan bacaan ketika Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2024 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR
Kanak-kanak mengikuti aktiviti STEM Bersama Dr Hazeeq dan rakan-rakan ketika Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2024 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR
Wakil Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Modal Insan Muhammad Zulhazizi Mas Udy menerangkan mengenai kelebihan untuk anak selangor di reruai Standco Pendidikan ketika Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2024 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

Pengarang :