Calon Perpaduan Dr Joohari Ariffin berucap selepas menyempurnakan Peluncuran Iltizam Cikgu Joohari sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Padang Lalang Taman Tasek Indah pada 29 Jun 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PRK Sungai Bakap: Calon Perpaduan tumpu tambah baik kemudahan awan, hospital

NIBONG TEBAL, 1 JUL: Calon Kerajaan Perpaduan memberi tumpuan untuk menambaik baik kemudahan awam dan hospital bagi memenuhi keperluan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Dr Joohari Arifin turut berazam memelihara kebajikan penduduk di DUN berkenaan sekali gus memperkukuh perpaduan dengan merangka program inklusif.

“Projek infrastruktur air dan lalu lintas seperti loji rawatan air Sungai Kerian, pembinaan sambungan jalan di Bandar Tasek Mutiara perlu disempurnakan bagi mengatasi permasalahan penduduk.

“Saya turut bertekad menaik taraf fasiliti wad bersalin dan rawatan pakar geriatik di Hospital Sungai Bakap untuk warga emas,” katanya ketika berucap pada ceramah perpaduan di Kem Cina, Sungai Kechil di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Dr Joohari berkongsi manifesto yang dilancarkan menerapkan konsep PADU menggariskan azamnya jika diberi mandat oleh pengundi pada pilihan raya kecil (PRK), 6 Julai nanti.

“Manifesto atau iltizam dinamakan PADU, akronim bermula dengan ‘P’ yang mewakili isu Prasarana dan Progresif, ‘A’ untuk Akhlak, Akademik dan Anak muda, ‘D’ merujuk Damai serta terakhir, ‘U’ iaitu Untuk semua (U).

“Ia memenuhi visi saya menjadikan Sungai Bakap sebagai maju, inklusif dan harmoni,”katanya.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Perikatan Nasional (PN).

HARAPAN mempertaruhkan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin untuk merampas kembali kerusi kubu kuat Parti Keadilan Rakyat.

Manakala PN pula diwakili bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail.

SPR menetapkan hari mengundi awal bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 2 Julai ini manakala hari mengundi 6 Julai.


Pengarang :