Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah sempena program Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Seri Setia di Tapak Parkir Dewan D’Kelana, Kelana Jaya pada 07 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/ MEDIASELANGOR
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Program JER, lebih 3,000 keluarga di DUN Seri Setia terima manfaat sejak Mei

SUBANG JAYA, 7 JULAI: Lebih 3,000 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menerima manfaat program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang diadakan di lima lokasi sejak Mei lepas.

Wakil rakyatnya Dr Fahmi Ngah berkata pihaknya akan bekerjasama dengan persatuan penduduk dan ahli majlis untuk menganjurkan jualan murah barangan asas itu di lokasi strategik sekali gus memanfaatkan golongan sasar.

ADN Seri Setia Dr Fahmi Ngah. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Pejabat DUN akan cuba melaksanakan lebih kerap program jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu supaya lebih ramai keluarga terima manfaat.

“Penganjuran jualan murah ini mengikut giliran ditetapkan PKPS namun kita cuba bawa program ini kepada seluruh penduduk DUN Seri Setia khususnya B40,” katanya ditemui di program tersebut di tapak parkir Dewan D’Kelana, Kelana Jaya hari ini.

 Kamariah Hashim. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Dalam pada itu, Fahmi turut memaklumkan pihaknya menjadikan program jualan murah sebagai platform untuk berkongsi inisiatif Kerajaan Negeri kepada rakyat.

“Hari ini kita buka pendaftaran untuk Skim Air Darul Ehsan (SADE). Kita juga memperkenalkan skim-skim lain seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dan Iltizam Sihat Selangor (ISS),” jelasnya.

Sementara itu, suri rumah Kamariah Hashim, 74, berkata beliau tidak lepaskan peluang untuk ke program jualan murah sekiranya berhampiran rumah kerana harganya amat murah.

Faizal Abdullah. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Jika berkesempatan saya mesti datang ke jualan murah kerana harganya berbeza dengan pasaran luar terutama ayam dan telur.

“Program bagus dan digalakkan jika diteruskan kerana membantu rakyat khususunya golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Bagi pekerja swasta Faizal Abdullah,28, beliau pula menyifatkan program jualan murah menjimatkan kos perbelanjaan barangan dapur.

“Contohnya jika di sini jumlah keseluruhan pembelian RM65 mungkin di luar mencecah RM90. Tidak mengapa jika perlu menunggu seketika, yang utama adalah penjimatan kos belanja dapur,” ujarnya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Orang ramai tidak melepaskan peluang hadir untuk membeli barang keperluan pada Program Jualan Ehsan Rahmah DUN Seri Setia di Tapak Parkir Dewan D’Kelana, SS7/15, Kelana Jaya pada 07 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Pengarang :