Setiausaha Politik Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras Mohamad Mohd Isa (tengah) pada Program Selangor Saring DUN Paya Jaras di Dewan Meranti MBSA Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20, Shah Alam pada 06 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Rakyat puji inisiatif negeri anjur saringan kesihatan percuma, kesan awal penyakit

SUBANG JAYA, 6 JULAI: Lebih 100 individu hadir ke program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Meranti MBSA Bandar Baru Sungai Buloh, hari ini.

Setiausaha Politik Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras Mohamad Mohd Isa berkata penganjuran iinisiatif Selangor Saring itu bagi memastikan rakyat menikmati manfaat program yang dilaksana secara percuma.

Setiausaha Politik Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras Mohamad Mohd Isa. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Menerusi program ini, pelbagai saringan kesihatan dibuat seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, barah, mata, telinga dan gigi.

“Kita membuat hebahan program ini di pelbagai medium termasuk platform TikTok kerana mahu beri kesedaran kepada rakyat pentingnya pemeriksaan kesihatan tanpa mengira peringkat umur,” katanya ditemui di program tersebut.

Sementara itu, bagi Lee Ah Lan, 67, menyifatkan program saringan secara percuma itu amat bagus kerana dapat memastikan kesihatan diri berada pada tahap baik.

Lee Ah Lan. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Saya mengetahui program ini tiga hari lalu dan ambil keputusan untuk datang bersama anak-anak dan suami. Program ini bagus kerana tidak perlu pergi ke banyak tempat dan jimat masa.

“Kali terakhir saya pergi buat pemeriksaan sebelum Covid-19 dan apabila tahu ada program ini saya tidak lepas peluang kerana selain dapat memeriksa kesihatan diri dapat jimat kos kerana di luar sangat mahal,” katanya.

Bagi Adnan Sariff, 68, sewajarnya program yang memberi manfaat seperti ini tidak dilepaskan rakyat kerana demi kebaikan diri sendiri.

Adnan Sariff. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Pada masa kini, ramai ambil mudah tentang kesihatan diri dan tidak mahu lakukan pemeriksaan dengan menganggap diri sihat sedangkan kita tidak tahu keadaan dalaman.

“Pemeriksaan kesihatan ini bukan hanya untuk orang tua tetapi golongan muda juga perlu buat untuk mengetahui keadaan diri supaya dapat ambil langkah pencegahan,” ujarnya.

Berlainan pula bagi Nursyuhadah Jafrie dan suami Muhammad Qayyum Rasol yang mengambil pendekatan mahu memastikan keadaan diri terus sihat dan tidak mengalami masalah.

Nursyuhadah Jafrie. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Pada masa kini, ramai anak muda disahkan menghidap pelbagai penyakit kerana didedahkan dengan pelbagai makanan ‘viral’ yang agak manis serta menjejaskan kesihatan jika tidak dikawal.

“Oleh sebab itu penting kita lakukan pemeriksaan kesihatan supaya dapat tahu sekiranya ada penyakit yang tidak nampak pada mata kasar,” katanya.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Esok, program Selangor Saring diadakan di Dewan Orang Ramai Dengkii, diikuti 14 Julai di Dewan Orang Ramai Kampung Wira Damai dan 20 Julai di Dewan Serbaguna Kampung Kuantan (DUN Batu Tiga).

Orang ramai hadir untuk melakukan pemeriksaan kesihatan percuma pada Pogram Selangor Saring DUN Paya Jaras di Dewan Meranti MBSA Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20, Shah Alam pada 06 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Pengarang :