Ahli Penasihat Kesihatan Awam Selangor Dr Mohammad Farhan Rusli. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Risiko serangan jantung buat senaman berat waktu malam, kata pakar

SHAH ALAM, 3 JULAI: Senaman berat waktu malam boleh mengganggu kualiti tidur yang menyebabkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung seseorang meningkat, kata penasihat kesihatan awam negeri.

Keadaan itu mengakibatkan hormon stres bertambah dengan risiko serangan jantung disebabkan tekanan berlebihan kepada sistem kardiovaskular, jelas Dr Mohammad Farhan Rusli, lapor Sinar Harian.

Meskipun senaman amat digalakkan, namun beliau menasihatkan individu untuk mengetahui isyarat tubuh sendiri dan berunding dengan doktor sebelum memulakan sebarang aktiviti intensif.

“Apabila mereka melakukan senaman terlalu dekat dengan waktu tidur, ia boleh meningkatkan hormon stres pada tubuh masing-masing.

“Masalah tersembunyi seperti penyakit jantung juga mungkin tidak diketahui, dan boleh menjadi penyebab rebah semasa bermain sukan,” katanya seperti dilaporkan portal berkenaan.

Mohammad Farhan turut meminta orang ramai membuat saringan kesihatan secara berkala bagi mengesan penyakit pada peringkat awal, sekali gus mengelak perkara tidak diingini.

Ahad lalu, pemain badminton remaja China Zhang Zhi Jie disahkan meninggal dunia malam akibat serangan jantung ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia.


Pengarang :