Kakitangan Air Selangor melaksanakan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) pada 13 Oktober 2021. Foto Facebook Air Selangor
AGENDANASIONAL

Rizab simpanan bertambah, capai sasaran sedia air bersih

SHAH ALAM, 4 JULAI: Margin rizab simpanan air meningkat daripada 13.8 peratus pada 2023 kepada 15.6 peratus menjelang 2025, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Membentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1), beliau berkata usaha negeri antaranya skim bekalan air Sungai Rasau meningkatkan margin sebanyak 1.8 peratus.

Katanya, usaha menangani aduan gangguan bekalan juga dipacu inisiatif termasuk pengurangan air tanpa hasil (NRW) untuk mengurangkan bilangan paip yang pecah dan penggantian paip lama.

“Hasil inisiatif dan usaha berterusan ini, Kerajaan Negeri mencapai sasaran ketersediaan air bersih setiap jam dalam sehari,” katanya di sidang Dewan Negeri Selangor pada 4 Julai.

Pada masa sama, Amirudin memberitahu Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) pula mengatasi henti tugas loji rawatan air akibat pencemaran sumber air mentah untuk jangka panjang dan pendek.

Katanya, SJAM melalui dua fasa iaitu menangani pencemaran di Sungai Selangor yang dijadual siap pada akhir tahun ini dan memastikan kecukupan air mentah dalam menghadapi kemarau.


Pengarang :