AGENDANASIONAL

Sabak Bernam, Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 2 petang

SHAH ALAM, 4 JULAI: Dua daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam dan Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 2 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook turut meramalkan cuaca sama melanda seluruh Perlis dan Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak dan Pahang.

Agensi itu menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :