Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz melawat reruai selepas merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 25 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sidang niaga Selangor pintu gerbang Asia, rancak sektor ekonomi

KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) buat julung kali dianjur dua sesi berikutan permintaan tinggi termasuk negara luar yang berminat menjadi peserta.

Dato’ Menteri Besar berkata menerusi sesi pertama bermula hari ini hingga Sabtu, sidang menumpukan Ekspo Taman Perindustrian Selangor (Spark) dan Persidangan Perniagaan Asean Selangor (SABC) yang menjadi platform kepada peniaga serta usahawan mengembangkan perniagaan masing-masing.

“Kita membuka peluang ini termasuk kepada pempamer antarabangsa dengan tema ‘Pintu Gerbang Ke Asean’. Sejak dianjur beberapa tahun ini, kita menjemput delegasi Asia untuk bincangkan fungsi ekonomi termasuk potensi rantau ini.

“Perbincangan ini akan jadi pelopor kepada pembubaran dan pembudayaan aspek ekonomi selain tarikan pelaburan termasuk di Malaysia,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas merasmikan SABC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 25 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Berhubung Spark yang turut berlangsung serentak, Amirudin berkata ia merupakan peluang untuk negeri lain mempamerkan produk selain berkongsi kawasan pelaburan strategik di kawasan masing-masing.

Menurutnya penyertaan negeri lain ini akan memberi sokongan terhadap industri pelaburan negara sekali gus merancakkan lagi sektor ekonomi.

“Kalau lihat pameran Spark, bukan hanya libatkan industri di Selangor sahaja tetapi juga ada di Negeri Sembilan. Kedah turut hadir pamerkan kawasan baharu mereka serta kawasan sasaran yang mahu dibangunkan.

“Dan kita sangat gembira dapat berkongsi dengan negeri lain termasuk Pahang, Melaka dan Johor yang turut mempamerkan produk mereka,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz bersama rakan perniagaan streategik di reruai Invest Selangor selepas merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 25 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

SIBS sesi pertama melibatkan 285 reruai termasuk pempamer antarabangsa manakala siri kedua bakal berlangsung dari 16 hingga 19 Oktober membabitkan Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman), Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan), Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor.

Secara keseluruhan, sidang bertaraf antarabangsa yang menyediakan lebih 1,300 reruai menyasarkan potensi pelaburan RM7 bilion selain kehadiran 60,000 pengunjung dari 80 negara.

SIBS yang diperkenal pada 2016 menarik penglibatan agensi kerajaan serta negara luar antaranya China, Indonesia, Japan, Uganda, Vietnam, Kazakhstan, Korea, Turki, Kenya dan Australia.

Tahun lalu, sidang bertaraf antarabangsa itu merekodkan nilai transaksi pelaburan RM6.12 bilion, meningkat empat kali ganda berbanding sasaran RM1.5 bilion.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kiri) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz (dua, kiri) hadir pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 25 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kiri) menyampaikan cenderamata kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz (dua, kanan) dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 25 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

 

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kanan) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz (dua, kiri) pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 25 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

 

 


Pengarang :