Suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dilanjut reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Perintah sambung reman selama tujuh hari bermula 23 sehingga 29 Julai dikeluarkan oleh Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza selepas mendengar permohonan polis di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini susulan tempoh asal reman suspek tamat pada 22 Julai 2024. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini didakwa esok

KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, esok.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama berkata suspek berusia 26 tahun akan dituduh esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang lima hari kemudian.

Suspek yang juga seorang anggota polis di Perak kini direman.

– BERNAMA


Pengarang :