Wakil Masjid At-Taqwa, Tanjong Karang menerima cek cura berjumlah RM50,000 sumbangan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pada 17 Julai 2024. Foto Facebook Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS
AGENSISELANGOR

Wakaf Selangor sumbang RM50,000 besarkan ruang solat masjid

SHAH ALAM, 19 JULAI: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerah sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM50,000 kepada Masjid At-Taqwa, Tanjong Karang Rabu lalu.

Menerusi Facebook, perbadanan itu memaklumkan sumbangan berkenaan bagi membina ruang solat tambahan di masjid tersebut.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada ahli kariah dan jemaah serta menjadikan jariah mengalir kepada pewakaf yang menyumbang di PWS hingga yaumulakhirah,” katanya.

Sumbangan diserahkan Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS Muhammad Suffian Assauri Omar kepada nazir masjid Rosli Tummen.

Tambah PWS, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memudahkan ahli kariah dan jemaah melaksanakan ibadah wakaf.

Wakaf tunai boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://fpx.wakafselangor.gov.my/ atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor


Pengarang :