Orang ramai membeli barangan asas yang dijual murah sempena program Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Kota Damansara di Taman Subang Baru, Petaling Jaya pada 14 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

1,000 keluarga KRT Taman Subang Baru terima manfaat program jualan murah

PETALING JAYA, 14 OGOS: Kira-kira 1,000 keluarga di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Subang Baru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara menerima manfaat melalui penganjuran program Jualan Ehsan Rahmah (JER).

Pengerusinya Fauzi Mohd Yusoff berkata sambutan diterima sangat menggalakkan sejak program jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu dianjurkan tiga kali bermula tahun ini.

“Orang ramai datang ke dewan seawal jam 8.30 pagi untuk mengambil nombor giliran walaupun jualan bermula 10 pagi. Mereka tidak kisah perlu menunggu awal untuk beli keperluan harian pada harga murah.

Pengerusi KRT Taman Subang Baru, Fauzi Mohd Yusoff ditemui dalam program Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Kota Damansara di Taman Subang Baru, Petaling Jaya pada 14 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Setakat ini, maklum balas kita terima amat baik dan mereka sering bertanya bila lagi jualan diadakan. Ini kerana penganjuran lokasi jualan di sini strategik dan memudahkan mereka,” katanya ditemui pada program itu hari ini.

Katanya, bagi kelancaran program jualan, pihaknya menempatkan ahli KRT yang membantu mengangkat barangan khusus kepada warga emas.

Sementara itu, Nurainin Abu Kair, 59, berkata beliau sudah beberapa kali hadir ke program jualan murah Kerajaan Negeri kerana kualiti barangannya baik.

“Selain harga murah, saya mesti datang ke jualan murah kerana produk dibawa seperti ayam juga segar.

Nurainin Abu Kair, 59, ditemui dalam program Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Kota Damansara di Taman Subang Baru, Petaling Jaya pada 14 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Oleh itu, jika jualan diadakan berhampiran rumah saya tidak lepaskan peluang dan mesti datang beli keperluan dapur termasuk sayur yang dijual murah,” katanya.

Bagi S Ros, 55, program jualan itu membantu menjimatkan belanja dapur sekali gus meringankan beban suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori.

“Suami bekerja sebagai pemandu lori, pendapatan biasa saja terutama ketika ini barangan keperluan mahal.

“Contohnya jika saya beli barang di sini hanya RM70 tetapi di luar mungkin mencecah ratusan ringgit,” ujarnya yang menetap di Kampung Bukit Cherakah.

S. Ros, 55, ditemui dalam program Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Kota Damansara di Taman Subang Baru, Petaling Jaya pada 14 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

Orang ramai membeli barangan asas yang dijual murah sempena program Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Kota Damansara di Taman Subang Baru, Petaling Jaya pada 14 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Khidmat memotong ayam disediakan sempena program Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Kota Damansara di Taman Subang Baru, Petaling Jaya pada 14 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :