Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan (tengah) menyerahkan cek cura sumbangan RM16,600 kepada wakil Musolla Al-Iman, Pangsapuri Pahlawan, Taman Tun Perak, Hulu Langat pada 4 Ogos 2024. Foto Facebook Syahredzan Johan
ADNSELANGOR

Ahli Parlimen Bangi salur RM16,600 bantu tambah baik musolla di Pangsapuri Pahlawan

SHAH ALAM, 6 OGOS: Musolla Al-Iman, Pangsapuri Pahlawan di Taman Tun Perak menerima sumbangan RM16,600 daripada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Bangi bagi menambah baik kemudahan.

Wakil rakyatnya Syahredzan Johan berkata dana menerusi peruntukan Projek Mesra Rakyat itu dimanfaatkan bagi memasang dua penyaman udara, sistem siar raya dan permaidani baharu.

“Semoga sumbangan ini dapat memberi sedikit keselesaan buat kepada jemaah di musolla ini,” katanya menerusi Facebook.

Ahad lalu, Syaredzan meninjau kerja penambahbaikan musolla berkenaan yang turut dihadiri Ahli Majlis Perbandaran Kajang Nor Zulaila.


Pengarang :