Mangsa banjir Mohd Hasim Yusof, 59, membersihkan dapur rumahnya yang dinaiki lumpur berikutan banjir yang berlaku 11 Ogos 2024 ketika ditemui di Kampung Sungai Jernih, Alor Gajah, Melaka pada 12 Ogos 2024. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Bah di Alor Gajah pulih sepenuhnya, dua PPS terakhir ditutup

MELAKA, 14 OGOS: Keadaan banjir di Alor Gajah yang bermula Ahad lepas, pulih sepenuhnya hari ini selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup sepenuhnya pada 2 petang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata dua PPS itu ialah PPS Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau dan PPS Balai Raya Seri Jeram.

“Kedua-dua PPS berkenaan menempatkan 32 mangsa daripada 11 keluarga pada 7 pagi tadi dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini selepas air surut sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Keadaan cuaca dilaporkan cerah petang ini dan tiada jalan ditutup kepada kenderaan.

– BERNAMA


Pengarang :