EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim mendengar taklimat daripada pihak Infrasel Sdn Bhd berhubung kerja baik pulih Jalan Bagan Pasir sepanjang 80 meter yang runtuh disebabkan hakisan sungai pada tahun lalu di Jalan Bagan Pasir, Tanjong Karang pada 20 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR
EXCOSELANGOR

Baik pulih jalan hampir siap, dibuka semula seminggu lagi

SABAK BERNAM, 21 OGOS: Kerja baik pulih Jalan Bagan Pasir, Tanjong Karang sepanjang 80 meter di sini yang rosak akibat runtuhan tebing dijangka siap sepenuhnya minggu depan.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata setakat ini hanya kerja turapan sahaja sedang dijalankan sebelum dibuka kepada umum.

“Insya-Allah, dalam tempoh sekitar seminggu sahaja lagi orang awam sudah mula boleh melalui kawasan tersebut dengan selamat,” katanya ketika meninjau kerja baik pulih jalan berkenaan semalam.

Ir Izham menjelaskan tebing berkenaan runtuh disebabkan hakisan air sungai yang terlalu deras susulan itu sebahagian jalan terkesan turut runtuh dan retak.

“Kaedah (baik pulih) juga sedikit berbeza kerana tanah di bawah agak lembut. Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) diberi tanggungjawab bagi melaksanakan kerja baik pulih ini.

“Antara kerja adalah memasang cerucuk konkrit, batu penahan dan penghadang jalan,” katanya.


Pengarang :