Orang ramai membeli pelbagai barangan keperluan asas ketika Jualan Ehsan Rahmah sempena Karnival Rakyat Karangkraf: Jom Sertai Riuh Rewang Bersama PKPS di Kompleks Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Batu Tiga, Sungai Ramal antara lima lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 7 OGOS: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi, esok.

Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Dewan Komuniti Kg Nelayan (Pelabuhan Klang), Bilik Gerakkan MPKK Padang Jawa (Batu Tiga) dan Pangsapuri SS19 (Subang Jaya).

Lokasi lain ialah Jalan Angkasa Kg Sungai Ramal Dalam (Sungai Ramal) dan Dewan Orang Ramai Taman Sri Jarom (Banting).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :