Pemenang gangsa, Zii Jia, Aaron dan Wooi Yik disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 7 Ogos. Turut sama Pearly dan Thinaah serta jurulatih Rexy Mainaky (kiri sekali), Tat Meng (dua, kiri) dan Tan Bin Shen (empat, kanan)
BERITA UTAMAPERSONALITIRENCANA

Buru pingat Olimpik, atlet berhempas pulas tangani cabaran

Meski terlepas emas, atlet Malaysia bertarung hebat untuk mengharumkan nama negara di pentas Olimpik Paris 2024.

Pada temasya 26 Julai hingga 11 Ogos, atlet membawa pulang dua pingat gangsa menerusi acara badminton, Lee Zii Jia dalam perseorangan lelaki serta Aaron Chia dan Soh Wooi Yik (beregu lelaki).

Pearly Tan dan M Thinaah gagal merebut sebarang pingat tetapi mencipta sejarah beregu wanita negara pertama sampai separuh akhir.

Saingan pemenang perak di Olimpik Tokyo 2020, jaguh berbasikal dunia Datuk Azizulhasni Awang terbatal dalam acara keirin.

Harapan baharu negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom bagaimanapun gagal akibat pelanggaran.

Atlet angkat berat kategori 61kg Mohamad Aniq Kasdan tanpa dijangka muncul di tempat keempat.

Untuk acara 3 meter papan anjal, Nur Dhabitah Sabri mara ke peringkat akhir tetapi gagal ulangi prestasi di Jepun.

Koleksi foto BERNAMA dan Facebook Majlis Sukan Negara menghimpunkan aksi sebahagian atlet Malaysia dalam tempoh temasya sukan itu berlangsung. Keterangan oleh HAFIZAN TAIB.

Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia Datuk Amarjit Singh Gill menenangkan Azizulhasni yang kecewa selepas penyertaannya dalam acara keirin dibatalkan pada 10 Ogos

 

Aaron dan Wooi Yik dalam aksi mendebarkan menentang beregu Denmark Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen pada 4 Ogos. Beregu lelaki kelima terbaik dunia menang 16-21, 22-20 dan 21-19

 

Zii Jia menaiki podium dengan pingat gangsa acara perseorangan pada 5 Ogos. Emas dimenangi pemain Denmark Viktor Axelsen dan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand (perak)

 

Bangkit pada set kedua, Zii Jia menang 13-21, 21-16 dan 21-11 menentang pemain India Lakshya Sen pada 5 Ogos. Pemain perseorangan keenam terbaik dunia itu meraih gangsa

 

Aaron dan Wooi Yik ceria menunjukkan gangsa ketika di podium pada majlis penyampaian pingat di Arena Porte De La Chapelle pada 4 Ogos. Mereka mengekalkan pencapaian Olimpik Tokyo 2020

 

Beregu wanita negara Pearly dan Thinaah tewas selepas berhempas-pulas menentang pasangan Jepun Nami Matsuyama dan Shiharu Shida merebut gangsa pada 3 Ogos

 

Penyokong Malaysia di Arena Porte De La Chapelle menyemarakkan semangat beregu Pearly dan Thinaah ketika suku akhir menentang pasangan Korea Selatan pada 1 Ogos

 

Aniq mendapat tempat keempat dalam acara angkat berat lelaki kategori 61kg di South Paris Arena 6, Paris pada 7 Ogos. Atlet angkat berat itu turut memecah rekod kebangsaan

 

Timbalan ketua kontinjen negara Datuk Nicol David mengetuai atlet Malaysia berarak masuk dalam upacara penutup Sukan Olimpik Paris 2024 di Stade De France, Paris pada 11 Ogos

 

Atlet memanah Syaqiera Mashayikh ketika beraksi dalam acara memanah di Esplanade Des Invalides, Paris pada 30 Julai. Beliau meraih tempat 16 terbaik dalam temasya itu

 

Aksi Nur Dhabitah ketika acara 3 meter papan anjal wanita akhir di Centre Aquatique, Paris pada 9 Ogos. Srikandi terjun negara itu mengumpul 244.80 mata acara berkenaan

 

Pelumba trek wanita Nurul Izzah Izzati (dua, kanan) dalam kelompok hadapan pusingan pertama acara keirin di Saint-Quentin-en Yvelines National Velodrome, Paris pada 7 Ogos

 

Ketika pada kedudukan ketiga, pelumba trek Muhammad Shah Firdaus terlibat dalam perlanggaran acara keirin lelaki peringkat akhir pada 11 Ogos

 

Pelumba Azizulhasni dan jurulatih John Beasley berbincang selepas pembatalan penyertaan pusingan pertama di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome pada 10 Ogos

Pengarang :