Orang ramai menunggu giliran untuk membeli barangan keperluan asas murah ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Seri Setia di Pusat Khidmat Ahli Majlis Zon 23, Petaling Jaya pada 4 Jun 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Dapatkan barangan dapur murah di tiga lokasi jualan PKPS hari ini

SHAH ALAM, 19 OGOS: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di tiga lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Turut ditawarkan ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Berikut tiga lokasi jualan murah berkenaan:

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :