AGENDAJENAYAH

Dua wanita cedera diserang lelaki dengan pisau di tandas surau

PETALING JAYA, 9 OGOS: Dua wanita cedera dipercayai diserang seorang lelaki menggunakan pisau di tandas sebuah surau, berhampiran sekolah agama rakyat di Kelana Jaya, di sini 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya giat mengesan suspek.

“Satu kenyataan media akan dikeluarkan susulan kejadian ini,” katanya.

Difahamkan kedua-dua mangsa yang berumur 20-an dan 50-an telah dihantar ke Hospital Shah Alam.

Sementara itu, seorang daripada ahli jawatankuasa surau berkenaan yang enggan dikenali berkata hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di surau itu diserahkan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

– BERNAMA


Pengarang :